Ahad, 27 September 2026

POS OPERASI KESELAMATAN DI SELIKU, SABAH

 
Pos operasi keselamatan di Seliku, Sabah. Pos Seliku (atau Saliku) terletak di Pagalungan, Pensiangan, Daerah Nabawan, Bahagian Pedalaman, Sabah. Kedudukannya berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia.

Kawasan ini amat sinonim dengan Pos Gabungan Bersama (GABMA) Seliku, iaitu sebuah pos kawalan sempadan keselamatan strategik yang menempatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi mengawal sempadan darat Malaysia-Indonesia.

Pos keselamtan ini terletak kira-kira 9 kilometer ke arah barat daya dari pekan lama Pensiangan, berdekatan dengan kawasan sempadan Kalimantan, Indonesia.

Pos ini menjadi pangkalan operasi kawalan keselamatan (seperti Op Balasah) bagi mengekalkan kedaulatan negara dan membendung aktiviti rentas sempadan yang menyalahi undang-undang.

Gambar - Tentera Indonesia dan Malaysia menjalankan operasi bersama. 
Gambar - sekadar hiasan.
Kredit - gambar Kosmo.