Isnin, 14 Jun 2021

APA YANG DIMAKSUDKAN HOSPITAL MEDAN ATM

Hospital medan adalah merujuk kepada sebuah hospital sementara yang biasanya didirikan di kawasan yang mengalami bencana atau yang memerlukan fasiliti kesihatan untuk menampung jumlah pesakit yang ramai.

Di negara kita, istilah hospital medan sinonim dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  yang mengatur gerak kelengkapan perubatan ke sesuatu lokasi.

Hospital medan juga dikenali hospital lapangan. Hospital ini biasanya dibangunkan dengan khemah-khemah yang disusun agar dapat berfungsi seperti sebuah hospital yang lengkap.

Jumlah khemah yang diperlukan bergantung pada jenis hospital yang akan dibangunkan.

Hospital medan mungkin hanya berfungsi sebagai sebuah klinik yang hanya merawat pesakit luar. Ia juga boleh dinaiktaraf kepada sebuah hospital dengan fasiliti wad untuk memuatkan pesakit dalamnya.

Ada juga yang dilengkapi dengan unit khas seperti dewan pembedahan dan unit rawatan rapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan