Rabu, 3 Julai 2024

MOHD SUKKI DILANTIK MUFTI PULAU PINANG

 
Tahniah diucapkan kepada sahabat saya Sahibus Samahah Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman atas pelantikan sebagai Mufti Kerajaan Pulau Pinang bermula 1 Julai 2024. Beliau seorang yang sangat berkelayakan menggalas amanah besar ini.
Saya mengenali beliau rapat sejak alam universiti di Jordan apabila sama-sama ke Jordan dengan biasiswa Kementerian Pendidikan pada 1992. Beliau di Yarmouk University, Irbid manakala saya di Univ of Jordan, Amman. Apabila saya tinggal di Irbid dan berulang ke Amman bermula 1994, rumah bujang beliau menjadi tempat bertamu saya terutama pada hujung minggu.
Beliau bertugas di UPM setelah pulang ke Malaysia dan tinggal sekampung dengan saya di Sg Merab, Bangi sebelum beliau berpindah ke Bandar Baru Bangi malah beliau yang memperkenalkan Sg Merab kepada saya apabila saya berhijrah untuk bertugas di UKM pada 2002. Kemudian kami menjadi jiran apabila beliau membeli tanah dan menyiapkan rumah baru berhadapan rumah saya di Sg Merab.
Sehingga kini beberapa lulusan Jordan diberi amanah menggalas tugasan sebagai Mufti seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis (Bachelor 1990-1994 Univ of Jordan), Dr Asmadi Mohamed Naim (Bachelor 1993-1997 Univ of Jordan), Dr Mohamad Sabri Harun, Mufti Terengganu (Phd 1996-1998 Univ of Jordan), dan Dr Anhar Hj Opir, Mufti Selangor (Phd WISE univ, Amman 2015). Sebelumnya Dr Zulkifli Muda, bekas Mufti Terengganu (Master Univ of Jordan 1993-1995).
Dr Khairuddin Takiri
30 jun 2024

Tiada ulasan:

Catat Ulasan