Kurma dikenali sebagai buah universal yang sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan bila-bila masa. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.
Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Antara jenis kurma yang terkenal ialah kurma mariami atau dikenali juga kurma piarom. Ia jenis kurma semi-kering.
Kurma mariami mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E), mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat, karbohidrat dan gula ringkas.
Sumber serat yang besar, menggalakkan kesihatan pencernaan, dan juga telah didapati mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon dan kanser perut.
Kadar potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma maryami sangat baik untuk lelaki.
Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.
Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Kurma sarat dengan serat yang tinggi, gula semula jadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain), asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan.
Satu kajian mendapati, khasiat kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
Dapatan kajian juga menyatakan kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
Di samping itu, kurma dapat menambahkan tenaga seksual.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.
Pada Mac 2021, penyelidik di Nigeria
mendapati kurma dapat membantu meningkatkan kualiti sperma daripada segi bentuk
dan kelajuan.
Kurma kaya dengan vitamin seperti A, D dan
K yang mana nutrien ini membantu meningkatkan fungsi pembiakan lelaki. Terdapat
kajian menjelaskan kepentingan vitamin D dalam sperma terutama pergerakan.
Oleh itu, pengambilan kurma dalam jumlah
berpatutan secara konsisten mampu meningkatkan tahap kesihatan terutama
kesuburan lelaki.
Dapatkan kurma mariami secara dalam talian
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/7pmkPVb4BX?share_channel_code=1
- https://s.shopee.com.my/AKU5O8dK1V?share_channel_code=1
- https://s.shopee.com.my/7pmkPaBwqw?share_channel_code=1
Di TikTok
- https://vt.tiktok.com/ZSHEPnxS6EbUw-phRyQ/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan