Khamis, 20 Februari 2020

JEJANTAS PINTASAN SALOMA

Satu mercu tanda di ibu kota ialah Jejambat Pintasan Saloma (Saloma Link). Jejambat sepanjang 370 meter itu dibuka pada awal Februari 2020 itu ternyata mencuri tumpuan orang ramai apabila dipenuhi pengunjung meskipun pada hari biasa terutama pada waktu malam. 

Banyak pengunjung terpagun melihat Saloma Link dengan reka bentuk serta sistem pencahayaan canggih yang memaparkan identiti Malaysia. 

Jejambat yang menyeberangi Sungai Kelang ini antara perancangan pembangunan semula Kampung Baru dan menjadi kebanggaan semua. Tambah pula, konsep seni binanya yang menerapkan ciri Melayu. 

Jejambat yang menelan kos RM31 juta itu dibina berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kampung Baru merentasi Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menghubungkan Jalan Saloma terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang. 

Ia dilengkapi sistem pencahayaan canggih yang menonjolkan keunikan jambatan itu pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia namun kelainan konsep seni binanya inspirasi 'Sirih Junjung' yang sinonim dengan adat resam budaya Melayu. 

Sejak dibuka, lokasi terbaru itu menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara bergambar berlatarkan Menara Berkembar Petronas. 

Ia menghubungkan Kampung Baru dengan pusat bandar Kuala Lumput. Perjalanan yang dahulu mengambil masa 30 minit berjalan kaki, kini hanya mengambil masa 15 minit. 

Daripada 370 meter itu, 69 meter ialah kawasan merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Jadi ketinggian jambatan ini sebenarnya Sama dengan bangunan empat tingkat. Bagaimana nak sampai ke sini? Ada 2 cara. 

Cara pertama, jika anda dari Kampung Bharu, nak ke kota. Dari stesen LRT Kampung Bharu, jalan sedikit, anda akan jumpa Lorong Raja Muda Musa 3, situlah titik naik ke Saloma Link. 

Cara kedua ialah dari kota ke Kampung Bharu. Anda hanya perlu naik dari Jalan Saloma yang berada di sebelah menara Public Bank. Mudah sungguh. 

Reka bentuk jambatan ini memang cantik, buat banyak orang terpegun. Malah, inilah tarikan utama Saloma Link ini. Banyak orang yang mengambil masa untuk lalu ke sini semata-mata untuk bergambar. 

Pada waktu siang, cantik, malam lagi cantik dengan haisan lampu-lampu LED yang berwarna-warni. Warna lampu-lampu ini juga akan berubah mengikut perayaan, musim dan lain-lain.  





Terima kasih pemilik asal gambar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan