Mengambil
alih kepimpinan UMNO Kelantan ketika UMNO telah hilang kuasa sebagai pemerintah
negara bukan satu tugas mudah. Namum tugas itu digalas dengan rasa
tanggungjawab dan semangat jitu tidak berbelah bahagi bahawa UMNO akan bangkit
kembali mendapat sokongan pemimpin dan ahli akar umbi.
Datuk
Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan semakin lekat di
hati ahli UMNO Kelantan. Kepimpinannya yang dinamik dan berperinsip dilihat mampu
membawa UMNO Kelantan mencipta kejayaan pada PRU-15 nanti.
Sama
ada UMNO Kelantan menjalin kerjasama dengan Pas pada PRU-15 atau tidak, UMNO
Kelantan di bawah kepimpinan Ahmad Jazlan yakin mendapat sesuatu yang lebih
baik pada PRU-15.
Sokongan
pemimpin dan ahli akar umbi UMNO terhadap Ahmad Jazlan atau mesra disapa Tok
Lan terus semakin diyakini. Sebab itu, apa pun tindakan beliau mendapat
sokongan padu ahli.
Beliau
tidak sekadar retorik berpolitik. Sebaliknya, apa dikata akan dibuktikan dengan
tindakan.
Tok
Lan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
berkuat kuasa 6 Januari 2021 atas prinsip memperjuangkan maruah UMNO dan
Barisan Nasional (BN). Serentak dengan itu Tok Lan menarik sokongan terhadap
Perikatan Nasional.
Yakin
dengan tindakan serta kepimpinan Tok Lan dan sebagai tanda sokongan, Ketua
Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman melepaskan jawatan sebagai
Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd, syarikat milik Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan (Kesedar) berkuat kuasa 31 Mac lalu.
Tindakan
pemimpin yang tidak mementingkan diri adalah azimat pembakar semangat kepada
seluruh ahli untuk terus berjuang.
UMNO
Kelantan bangkit bersama Tok Lan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan