Vitamin
C dianggap paling kerap disebut. Ini
membuktikan vitamin C amat diperlukan oleh badan. Kesan
kekurangan vitamin C akan menyebabkan badan menjadi cepat letih dan lemah serta
menimbulkan kesan sentiasa tertekan.
Selain
itu badan mudah diserang demam, batuk dan selsema akibat kekurangan vitamin C.
Ini kerana kekurangan vitamin C menyebabkan antibodi lemah.
Kekurangan vitamin C menyebabkan kulit kelihatan kering dan bersisik, tapak kaki keras dan
kasar. Wajah dan kulit lebih cepat nampak tua dari usia.
Kesan
lain akibat kekurangan vitamin C ialah individu berkenaan akan mengalami
sakit-sakit sendi, luka lambat sembut serta gigi kelihatan kuning terutama bagi
perokok.
Kapilari
atau salur darah juga akan cepat tersumbat jika mengalami masalah kekurangan vitamin C.
Vitamin
C juga berperanan mencantikkan kulit, lebih cerah dan
kurang berlaku masalah kulit kering.
Kebaikan vitamin C juga dikenali sebagai antioksidan yang kuat yang berperanan
melawan penyakit.
Maka,
tidak hairan jika vitamin C dapat membantu mencegah kanser apabila mampu
meningkatkan interferon semulajadi atau daya ketahanan yang tinggi serta mampu
merangsang pengeluaran T-cell untuk melawan sel kanser dan membuang kimia
berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
Vitamin
C mampu meningkatkan sistem imun badan dengan membantu membina sel darah
merah dalam tubuh untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, mengukuhkan sistem
imun.
Satu
lagi kesan kebaikan mengambil vitamin C ialah membantu meningkatkan kesan
pemulihan, membantu dalam penghasilan kulit baru, alergi dan memudarkan
parut.
Vitamin
C juga dapat memperbaiki simpton pendarahan berkaitan masalah gusi berdarah,
kulit kasar, kulit ruam dan kulit kering.
Vitamin C membantu fikiran lebih tenang, kurang stress dan masalah mental seperti
keresahan.
Tidak
kurang penting peranan vitamin C ialah mengekalkan kolestrol sihat, membantu
megurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengahalang pendarah dalam hidung dan
kapilari dari darah.
Dengan kata lain, vitamin C diperlukan oleh semua golongan, terutama ibu
mengandung, ibu yang menyuskan bayi dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke
atas.
Vitamin
C turut diperlukan lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan, individu yang
mempunyai masalah resdung dan alahan kulit. Vitamin C juga dapat membantu
mereka yang menghadapi masalah ketagih rokok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan