Banyak khasiat, kebaikan dan manfaat mengamalkan memakan biji selasih. Biji selasih atau dipanggi ‘telur katak’ biasa dicampurkan dalam air minuman. Rasa biji selasih amat sedap apabila dicampurkan dalam apa jua jenis minuman.
Rasa biji selasih unik dan menjadi kegemaran ramai. Biji selasih dimasukkan ke dalam air akan kelihatan seperti telur katak apabila mengembang.
Biji selasih lengkap dengan nutrien berkhasiat untuk diet harian. Biji selasih lengkap dengan nutrien seperti kabohidrat, vitamin, mineral, lemak dan juga fiber.
Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur.
Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah.
Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembung akan hilang dan anda akan rasa segar semula.
Kebaikan biji selasih:
Menurunkan Berat Badan
Biji selasih kaya dengan fiber dan ia akan membuat rasa kenyang. Ini bagus untuk yang ingin mengawal nafsu makan. Tambah biji selasih di dalam minuman. Ia dapat membantu untuk kekal berdiet.
Penghadaman dan Mengatasi Gangguan Pencernaan
Biji selasih sangat baik untuk mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit, kejang perut, kembung perut dan masalah penghadaman.
Jangkitan Kulit
Aanak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan biji selasih. Caranya mudah, cuma hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan di tempat yang bermasalah.
Rendahkan Suhu Badan
Badan panas akibat cuaca terik. Ambil sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa ia perlahan-lahan menyejukkan badan anda.
Menyihatkan Rambut
Kuasa dari sumber protein, vitamin K dan zat besi di dalam biji selasih bagus untuk rambut dan ia membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung.
Herba Penenang
Biji selasih mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat. Biji selasih dapat mengatasi kegugupan, rasa bimbang berlebihan dan mudah marah. Biji selasih dapat mengurangkan kegelisahan ataupun susah tidur.
Mengurangkan Cairan Pada Vagina
Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.
Ubat Sakit Gigi
Ambilah 10 gram biji selasih, rebuslah bersama 4 butir cengkeh dengan air mendidih secukupnya. Lalu minumlah air tersebut semasa hangat-hangat kuku selama masa sakit hingga sembuh betul.
Ramuan Kecantikan
Tumbuk biji selasih hingga halus, campur dengan air panas secukupnya. Adun rata hingga terbentuk pasta. Sejukkan. Gunakan sebagai lulur pada wajah dan leher anda, Lakukan sekali sehari iaitu menjelang mandi petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan