Khamis, 2 Mac 2023

Bertanding secara sihat elak perpecahan

 
Gambar - (Dari kiri) Maznah, Nor Adila, Latifah, Wan Roslin

Tahun 2023 adalah tahun pemilihan jawatan UMNO semua peringkat melibatkan Cawangan, Bahagian dan Pusat. Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan telah bermula pada 1 Februari dan berakhir 26 Februari 2023.
 
Pada 11 Mac 2023 pula akan diadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda serta Puteri Bahagian. Turut akan diadakan pada tarikh sama ialah Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.
 
Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO.
 
Berkaitan pertandingan yang bakal berlangsung pada 11 dan 18 Mac ini, rata-rata ahli berharap ia akan berlangsung dengan harmoni dan setia kawan demi kestabilan UMNO pada masa hadapan dan dapat bangkit kembali untuk meraih sokongan rakyat untuk maksud semasa mengundi pilihan raya.
 
Calon AJK Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu, Maznah Yaakob berharap pemilihan kali ini akan berlangsung dengan semangat setia kawan dan saling menghormati hak setiap ahli menawarkan diri. Manakala perwakilan pula diberi hak untuk memilih calon yang diyakini dapat berkhidmat dengan baik kepada parti dan masyarakat.
 
Beliau calon nombor dua dalam senarai calon yang berjumlah 35 orang, menegaskan perpaduan parti adalah paling penting berbanding kepentingan peribadi.
 
Seorang lagi calon, Nor Adila Binti Zakaria, menawarkan diri untuk dipilih atas dasar untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada parti dan masyarakat, melalui Wanita kerana kesedaran bahawa sayap utama UMNO itu memerlukan dokongan dan sumbangan tenaga yang lebih agrasif dan prograsif.
 
Nor Adila, calon nombor 4 berharap pengalaman bersama Puteri dan melakukan tugas pentadbiran bersama kepimpinan Wanita sebelum ini akan memberi kelebihan kepadanya untuk berkhidmat sebagai AJK Wanita.  
 
Calon nombor 19, Latifah Ibrahim, berharap pertandingan kali ini tidak akan mendatangkan mudarat kepada perpaduan dan kekuatan parti, sebaliknya ia akan melonjakkan parti pada kedudukan lebih teguh dan stabil.
 
Katanya, pertandingan yang sihat akan memberi peluang untuk perwakilan membuat pilihan yang tepat berdasarkan apa yang mereka “yakin” tentang keupayaan setiap calon.
 
Manakala calon nombor 1, Wan Roslin Othman, berharapkan perwakilan dapat membuat pilihan calon yang berkelayakan untuk menduduki senarai 15 AJK.
 
Menurutnya, pertandingan sepatutnya menjadikan parti lebih utuh. Yang dipilih perlu menjalankan tugas seperti sepatutnya, manakala yang tidak terpilih terus memberi sokongan. Jadikan ia seperti biduk lalu kiambang bertaut.
 
Susunan nama calon AJK Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu Sesi 2023-2026 mengikut nombor di kertas undi.
 
1. Wan Roslin Binti Othmah
2. Maznah Binti Yaacob
3. Rina Binti Muhammad Zain
4. Nor Adila Binti Zakaria
5. Zuraidah Binti Sulaiman
6. Nooredayu Binti Abdullah
7. Marini Binti Md Yasin
8. Nik Saidatul Nor Akmar Binti Nik Mahmood
9. Mek@Norizan Binti Omar
10. Norhayati Binti Reffen
11. Norazura Binti Juhari
12. Rossiati Binti Hamzah
13. Siti Norbaya Binti Nordin
14. Rohani Binti Omar
15. Norizam Binti Ibrahim
16. Che Zaiton Binti Che Pha
17. Zaitun Binti Ismail
18. Norlizan @ Normizah Binti Mohd Said
19. Latifah Binti Ibrahim
20. Rudhiah Binti Ab. Ghani
21. Nik Anita Binti Nik Yusoff
22. Salmi Binti Yusof
23. Zainun Binti Mohamad
24. Nik Khairani Binti Mohammed
25. Tengku Mazura Binti Tengku Kamarulzaman
26. Rosdyanawati Binti Abdul Talib
27. Harmiza Binti Hasan
28. Rosefarizan Binti Ismail
29. Muslyani Binti Mustapa
30. Mariate Binti Din
31. Rahaniah Binti Che Mat
32. Azizah Binti Mamat
33. Rashidah Binti Ab Rasid
34. Rosyatimah Binti Mohamad
35. Wan Norma Binti Wan Abas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan