Di
perairan pantai Sabah terdapat banyak pulau. Penduduk pulau sering terdedah
kepada ancaman lanun dan pengganas dari negara jiran. Justeru, kawalan dan
penjagaan perlu dilakukan oleh pihak keselamatan seperti tentera dan polis.
Antara pulau tersebut ialah Pulau Berhala,
Pulau Tegipil, Pulau Lankayan, Pulau Bakugan Kecil, Pulau Bilion, Pulau Kanigoan,
Pulau Jambongan, Pulau Bangi, Pulau Balambangan, Pulau Tambisan, Pulau Mataking
dan beberapa pulau lain.
Banyak anggota tentera dan Pasukan Gerakan
Am (PGA) mempunyai pengalaman bertugas melakukan kawalan atau operasi di
kawasan-kawasan pulau berkenaan. Setiap operasi biasanya mengambil masa antara
dua hingga tiga bulan atau tempoh-tempoh lain yang ditetapkan.
Pengalaman bertugas di kawasan pulau memang
menarik. Mereka bukan sahaja menjaga menjalankan tugas menjaga keamanan, bahkan
juga dapat berkomunikasi atau bermesra dengan penduduk setempat. Kawasannya cantik dan kaya dengan budaya masyarakat setempat.
Penduduk pulau memang mesra dan sering
terlibat dengan anggota keselamatan dalam melancarkan tugasan seperti
menyalurkan maklumat setempat yang dapat membantu anggota keselamatan mengenal
pasti ancaman yang mungkin berlaku.
Gambar 1994 – Kampung Malalin adalah salah
satu kampung di Pulau Jambongan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan