Ahad, 10 Disember 2023

KOPI FAJAR MENYINSING AROMA MEMIKAT

 
Kilang Kopi Osman Ahmad merupakan sebuah syarikat bumiputera yang mengeluarkan serbuk kopi berjenama Fajar Menyinsing. Kilang kopi ini telah mula beroperasi pada  tahun 1946. Sebaik selepas zaman pemerintahan tentera Jepun dan sebelum negara mencapai kemerdekaan.  
 
Pada awal penubuhannya, pengeluaran kilang kopi ini dikenali sebagai kopi Malaya. Memandangkan operasi kilang ini diasaskan oleh Osman bin Ahmad, maka ia lebih dikenali sebagai Kopi Osman Ahmad.
 
Sekitar tahun 1964, apabila permintaan terhadap Kopi Osman Ahmad semakin meningkat, sebuah kilang yang lebih besar dibina di alamat 2058 Jalan Besar, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
 
Tanggal 29 Oktober 2010, Perniagaan Fajar Menyinsing telah ditubuhkan untuk meneruskan pengeluaran Kopi Osman Ahmad dan dengan itu jenama baharu digunakan iaitu Kopi Fajar Menyinsing.
 
Biarpun jenamanya bertukar, hakikatnya ia masih dikenali dengan nama Kopi Osman Ahmad di kalangan peminat setia. Kekal menggunakan resipi legasi turun temurun Kopi Osman Ahmad dengan aroma memikat rasa terpikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan