Ikan itik bombay adalah sejenis ikan,
bukannya itik. Ikan ini daripada spesies ikan “cicak”. Ikan dewasa boleh
mencapai panjang maksimum 40 cm, tetapi saiz biasa ialah sekitar 25 cm.
Ikan itik bombay hidup di kawasan tropika
Indo-Pasifik. Ini ini terdapat di kebanyakan pantai India, seperti di perairan
Maharashtra, Gujarat. Dinamakan ikan bombay adalah sempena nama bandar Bombay
(kini Mumbai).
Ikan itik bombay yang juga dikenali ikan bomelon
kecil banyak dijadikan ikan kering. Di India, secara tradisinya ikan itik bombay
akan disalut dengan asafoetida (sejenis bahan diperoleh daripada getah rizom
beberapa herba) dan dikeringkan di bawah sinar matahari.
Ikan yang dikeringkan itu menjadi pedas
dengan rasa masin yang kuat. Digoreng dan dihancurkan, menjadi perasa popular
dalam masakan Inggeris-India.
Nama lain ikan bombay ialah ikan lumi-lumi, ikan lumi, ikan kandal, ikan si-teng,
ikan dumis dan ikan lumek. Nama saintifiknya Harpodon nehereus.
Sebenarnya ikan itik bombay juga terdapat
di Malaysia. Terdapat pengusaha ikan itik bombay kering di Pulau Pangkor,
Perak. Di Sarawak, ikan dumis banyak ditangkap nelayan di Pulau Bruit. Laut di
kawasan lain seluruh Malaysia juga ada ikan itik bombay.
Selain dijadikan ikan kering, ikan lumek sedap dibuat masak asam pedas. Tekstur isinya lembut. Digoreng segar juga sedap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan