Filem Darah Satria arahan Aziz Satar terbitan tahun 1983.
Lagu tema filem in ialah Darah Satria menjadi malar segar yang sentiasa
dinyanyikan sebagai lagu patriotik.
Filem Darah Satria mengisahkan Ariff seorang pegawai
berpangkat Leftenan Muda dalam pasukan infantri Angkatan Tentera Malaysia
(ATM). Beliau menjadi ketua platun di satu batalion Rejimen Askar Melayu
Diraja.
Ketika itu negara masih berada dalam keadaan ancaman komunis. Justeru, Arif
sering terlibat dalam operasi memburu pengganas komunis di hutan belantara.
Dalam kesibukan itu dia sempat berumah tangga bersama rakan sekampung iaitu
Rafidah. Namun, isterinya ditinggalkan di kampung bersama ibu bapanya kerana
dia jarang dapat berada di rumah.
Ariff ada dua orang anak buah di dalam platunnya iaitu Badol dan Iskandar yang
asyik dibuai keseronokan hiburan di luar kem hingga menjejaskan disiplin
mereka.
Atas kecemerlangannya dalam menjalankan tugas, dia dinaikkan pangkat ke
Leftenan. Ketika pulang ke kampung menemui isteri dan keluarga, dia telah
dihubungi markas batalion untuk mengetuai platun dalan satu operasi penting.
Dalam operasi tersebut, platunnya telah bertempur dengan pengganas komunis.
Dalam pertempuran itu Iskandar telah terkorban. Badol yang berang atas
kehilangan kawan karibnya mula membara semangatnya untuk menghapuskan pengganas
komunis itu.
Satu jerangkap samar berjaya dikesan, tetapi kecuaian Badol menyebabkan dia
terpijak jerangkap sama itu. Leftenan Ariff cuba menyelamatkan Badul, tetapi
dia turut cedera parah.
Ariff dan Badul berjaya diselamatkan. Badul mengalami kecederaan ringan, namun
malangnya Leftenan Ariff mengalami kecacatan kekal akibat peristiwa itu.
Pelakon:
- Aman Shah sebagai Leftenan Ariff
- A R Badul sebagai Prebet Badol
- Lydiawati sebagai Rafidah, isteri Leftenan Ariff
- A Galak sebagai Sarjan Razak
- Tawail sebagai Koperal Tawil
- Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai Lt. Kol Md Hashim
"Jack" Hussein
- Baharuddin Omar sebagai Haji Abas, Bapa Mertua Ariff
- Mahmud Jun sebagai Bapa Ariff
- Noruizan sebagai Ibu Ariff
- M Rojadi sebagai Leftenan Latiff (TLDM), abang kepada Leftenan Ariff
& pegawai TLDM
- Nora Samsuddin sebagai isteri Leftenan Latiff (TLDM)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan