Ikatan kasih September 2026. Saat, minit, jam, hari, minggu
dan bulan berubah meninggalkan tanpa dapat dihalang. Bulan akan berubah menjadi
tahun, yang juga akan berlaku sama ada ingin atau tidak.
Begitu juga September 2026, akan menginjak kepada Oktober
2026. Tiada bezanya dengan bulan-bulan lain.
Hanya, pada kesempatan ini dicatatkan tentang jodoh
anak-anak saudara pada September 2026.
Pada 5 September diadakan majlis sambut menantu di Kampung
Dusun Durian, Bachok, Kelantan. Menyambut Nik Noor Anis Aqilah binti Isha
Mudin, isteri kepada Muhammad Adam Hafiz bin Mohd Jurik. Majlis akad nikah
diadakan di Kulai, Johor pada 29 Ogos 2026, di rumah keluarga pengantin
perempuan.
Pada 19 September 2026, akan berlangsung pertunangan anak
saudara, Madihah binti Mohd Khairul Bahri. Bakal pasangan orang Melor,
Kelantan. Bertemu beberapa tahun lalu ketika sama-sama menuntut di UniSZA.
Pada hari sama, anak saudara Anis Syazwani binti Mohd Azmi
bakal diijab kabul dengan jejaka berasal dari Jepun yang dikenali melalui
program pertukaran pelajar apabila Anis ke Jepun beberapa bulan.
Sebenarnya, Anis bukan anak saudara pertama yang bertemu
jodoh dengan warga asing. Kakaknya, Nur Amirah telah bertemu jodoh dengan,
Yaacob seorang warganegara China dari Tanah Besar China, tetapi telah 15 tahun tinggal
dan bekerja di Malaysia. Keluarganya masih tinggal di Wilayah Henan.
Seorang lagi anak saudara, Muhamad Khalid bin Ismail bertemu
jodoh dengan warga Korea Selatan, rasanya sudah 10 tahun. Mula menjejak kaki di
Korea Selatan pada 2007 kerana belajar dan terus menetap di sana dan bertemu
jodoh.
Ambo ada lebih 100 orang anak saudara dan sebahagiannya
tidak kenal nama biarpun selalu berjumpa. Sudah ada cucu saudara dan mungkin
tahun depan akan dapat cicit saudara. Kalau anak saudara tidak semua kenal nama,
yang cucu saudara memang tidak perlu cakap.
Kepada anak dan cucu saudara, cubalah kenal bapa dan ibu
saudara, serta datuk dan nenek saudara yang masih berstatus mahram.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan