Berebut hendak masuk unit payung terjun.
Selepas sahaja mengangkat sumpah taat setia pada 1 Mei 1993,
seorang daripada Enam Jahanan diperlukan untuk menyertai pasukan payung terjun.
Ketika itu, Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja
(9 RAMD) baru sahaja ditukarkan kepada status batalion payung terjun (Para)
iaitu pada Disember 1992.
Kalau seorang daripada Enam Jahanam tidak mahu secara
sukarela masuk batalion Para, undian akan dilakukan untuk memilih seorang.
Tiga orang setuju untuk dipilih menyertai 9 RAMD yang
kemudiannya dikenali 9 RAMD (Para). Memang bersemangat untuk menyahut tugas
lebih mencabar di unit Para.
Tiga orang lagi bukan menolak untuk ditempatkan di unit
Para, tetapi mengambil pendekatan bersedia untuk ditempatkan di mana-mana unit,
termasuk di unit Para.
Penempatan bukan bukan boleh dipilih-pilih, tetapi
berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan. Ke mana dan apa sahaja penugasan
wajib dipatuhi. Perlu taat dan setia sepanjang masa.
Memandang hanya seorang diperlukan, maka perbincangan dibuat
di antara ketiganya. Masing-masing "berkeras" untuk menyertai unit
Para sehingga dicadangkan agar dibuat cabutan undi.
Pegawai yang mengurusakan penempatan unit itu menjelaskan
bahawa semua pegawai berpeluang menyertai latihan payung terjun dan ditempatkan
ke unit Para kemudiannya. Penempatan awal itu hanya sebagai untuk mengisi
perjawatan dan pentadbiran.
Mendengar penjelasan itu, maka dipersetujui yang dipilih
untuk menyertai 9 RAMD (Para) adalah Lt Muzafar bin Mansor. Manakala yang lain
ditempatkan di batalion RAMD yang lain.
Catatan - Enam Jahanam adalah enam orang pegawai tentera
darat yang mengangkat sumpah taat setia pada 1 Mei 1993 dan ditumpangkan di
Batalion Kedua Puluh Lima (25 RAMD), Kem Tapah, Parak untuk menjalani orentasi
sebelum mengikuti Kursus Pegawai Graduan Siri 11/93.
Mereka dikenali Enam Jahanam ketika di 25 RAMD.
Enam Jahanam tersebut adalah:
- Lt Mohd Faishal Mat Isa (3005916)
- Lt Lokman Ismail (3005917)
- Lt Azlan Mohamad (3005921)
- Lt Muzafar Mansor (3005923)
- Lt. Ahmad Hafizal Hashim (3005924)
- Lt Mohd Haryzal Ismail (3005925)
Gambar Muzafar - kiri tahun 1993 dan kanan 2026

Tiada ulasan:
Catat Ulasan