Gambar dua Enam Jahanam tidak beruniform.
Biasanya gambar anggota Enam Jahanam dalam berpakaian
uniform. Kali ini ditampilkan dalam pakaian biasa.
Bukan apa, kalau beruniform tentu sekali tidak sesuai dengan majlis. Nanti
dikatakan gila uniform dan hendak tunjuk pangkat sepanjang masa.
Gambar ini ketika majlis meraikan perkahwinan anak kepada
Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Hafizal bin Hashim yang diadakan di
Kuala Lumpur. Majlis diadakan pada 8 November 2026.
Di sebelah kiri pula Ketua Pengarah Perancang Strategik
Markas ATM., Brigedier Jeneral Mohd Haryzal bin Ismail.
Empat Enam Jahanam yang lain tidak dapat hadir kerana urusan
masing-masing yang tidak dapat dielakkan.
Ada juga tetamu yang bertanya mana lagi empat Enam Jahanam.
Rupanya ada yang mengikuti catatan mengenai Enam Jahanam ini.
Skot Enam Jahanam Pegawai Graduan Siri 11/93 banyak juga
yang hadir bersama pasangan.
Tahniah kepada Hafizal mendapat menantu ketiga.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan