Ahad, 13 Ogos 2023

PULAU DI SABAH DIKAWAL PASUKAN KESELAMATAN

 
Di perairan pantai Sabah terdapat banyak pulau. Penduduk pulau sering terdedah kepada ancaman lanun dan pengganas dari negara jiran. Justeru, kawalan dan penjagaan perlu dilakukan oleh pihak keselamatan seperti tentera dan polis.
 
Antara pulau tersebut ialah Pulau Berhala, Pulau Tegipil, Pulau Lankayan, Pulau Bakugan Kecil, Pulau Bilion, Pulau Kanigoan, Pulau Jambongan, Pulau Bangi, Pulau Balambangan, Pulau Tambisan, Pulau Mataking dan beberapa pulau lain.
 
Banyak anggota tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) mempunyai pengalaman bertugas melakukan kawalan atau operasi di kawasan-kawasan pulau berkenaan. Setiap operasi biasanya mengambil masa antara dua hingga tiga bulan atau tempoh-tempoh lain yang ditetapkan.
 
Pengalaman bertugas di kawasan pulau memang menarik. Mereka bukan sahaja menjaga menjalankan tugas menjaga keamanan, bahkan juga dapat berkomunikasi atau bermesra dengan penduduk setempat.
 
Penduduk pulau memang mesra dan sering terlibat dengan anggota keselamatan dalam melancarkan tugasan seperti menyalurkan maklumat setempat yang dapat membantu anggota keselamatan mengenal pasti ancaman yang mungkin berlaku.
 
Gambar 1995 – Kampung Malalin adalah salah satu kampung di Pulau Jambongan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan