Ahad, 13 Ogos 2023

KAMPUNG MALALIN PULAU JAMBONGAN

 
Kampung Malalin merupakan salah satu kampung di Pulau Jambongan. Nama kampung lain terdapat di Pulau Jambongan ialah Kampung Limau-limau dan Kampung Hujung.
 
Ketika bertugas di Sabah pada 1994, sempat sampai di Kampung Malalin. Ketika itu corak penempatan penduduk adalah di tepi pantai secara setempat. Majoriti penduduk adalah nelayan.
 
Penduduknya kuat berpegang kepada tradisi. Antara tradisi yang cukup kuat ialah dalam urusan perkahwinan. Majlis perkahwinan diadakan selama tujuh hari tujuh malam. Semua penduduk akan berkumpul tanpa melakukan tugasan lain, termasuk tidak keluar menangkap ikan.
 
Biarpun Pulau Jambongan terletak dalam pentadbiran bahagian Sandakan, untuk ke sana adalah menggunakan bot dari pekan Kudat. Jika menggunakan bot nelayan, masa diambil untuk sampai ialah kira-kira lima jam. Menggunakan bot laju hanya mengambil masa kira-kira dua jam.  

Sekarang ini untuk ke Kampung Malalin lebih cepat iaitu hanya mengambil masa kira-kira sejam melalui Jeti di Pintas menyusur Sungai Kanibongan sebelum keluar ke lautan dan terus ke kampung berkenaan. 
 
Terdapat sebuah sekolah rendah di Kampung Malalin dengan hanya tiga orang guru.
 
Catatan berdasarkan pengalaman penulis berkunjung di Kampung Malalin pada Ogos 1994. Perubahan besar telah berlaku di Kampug Malalin, selari dengan kemajuan negara, termasuk kawasan pulau.

 

2 ulasan:

  1. Terima kasih tuan kerana pernah juga berkhidmat di kg kelahiran saya. Usia saya baru sahaja 4 tahun ketika gambar ini diambil. Masa kecil-kecil sering ke kem tempat tuan bergambar buat sistem barter dengan tentera di situ. Kulit sipit tukar dengan raisin. Paling tak boleh lupa nikmat dapat kari, pajeri nenas dan susu😊 Sekarang sudah tiada lagi kem tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok gambar di internet, suasana sudah banyak berubah. semakin maju dan banyak kemudahan. semoga terus maju jaya

      Padam