Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan
Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30
Mei 1952. Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan
menggunakan enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13
buah negeri dan kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan
Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.
Sejarah Jata Malaysia atau Jata Negara bermula pada tahun 1895 apabila terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Jata pertama itu memiliki
sebuah perisai, dua ekor harimau dan rentang. Terdapat sebuah mahkota yang
mewakili empat kesultanan.
Reka bentuk perisai juga ringkas memandangkan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu hanya terdiri daripada empat negeri. Perisai merangkumi
pembahagian bersuku yang mewakili warna bendera keempat-empat negeri.
Moto pada rentang ditulis dengan frasa "Dipelihara
Allah" dan diapit dengan dua bintang berbucu lapan. Moto "Dipelihara
Allah" kini menjadi cogan kata negeri Selangor.
Jata ini kekal digunakan pada era Malayan Union walaupun melibatkan
penyertaan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.
Jata negara diolah semula ketika penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu pada 1948. Perubahan-perubahan yang dilakukan termasuk perwakilan
yang lebih lengkap bagi 11 negeri Persekutuan pada perisai jata
Bahagian-bahagian baru memaparkan perlambangan daripada
negeri tambahan yang ditambahkan di samping warna-warna Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.
Penggantian mahkota timur dengan bulan sabit kuning dengan
bintang Persekutuan berbucu 11 yang mewakili negeri-negeri Persekutuan. Moto
Jawi yang asal juga diganti dengan moto "Bersekutu Bertambah Mutu"
yang ditulis dalam tulisan Jawi dan bahasa Inggeris "Unity Is Strength".
Huraian lambang yang diterapkan dalam jata tersebut termasuk
lima bilah keris di bahagian atas perisai mewakili Negeri-Negeri Melayu Tak
Bersekutu. Empat warna iaitu merah, hitam, putih dan kuning mewakili
Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Lambang pelepah Putera Wales, tembok kekota dan
ombak dari jata Pulau Pinang di bahagian kiri jata dan gerbang A Farmosa di bahagian kanan jata mewakili Melaka.
Jata negara kemudian diolah buat kali kedua selepas
pembentukan Malaysia dengan kemasukan Singapura dan negeri-negeri Sabah dan
Sarawak pada 1963.
Peningkatan bilangan negeri susulan peristiwa ini membawa
kepada pengubahsuaian lambang Persekutuan untuk mewakili ketiga-tiga anggota
baharu dengan melebarkan perisai jata.
Harimau jata direka semula dengan posisi anggota badan
berbeza (anggota badan hadapan diletak di bahagian atas dan sisi perisai, dan
anggota badan belakang diletak pada cogan kata dan sisi perisai).
Penyesuaian kecil juga dibuat pada penampilan rentang dan
bulan sabit sementara bintang persekutuan 11 bucu diperbaharui untuk merangkumi
14 negeri.
Cogan kata Inggeris digantikan dengan frasa dalam tulisan
Melayu Rumi sempena pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Seterusnya, lambang kolonial A Famosa Melaka
digantikan dengan lambang pokok melaka. Beberapa simbol diubah untuk
menghilangkan unsur-unsur kolonial serta simbol bukan Islam sambil mengekalkan
lambang-lambang lain.
Pelepah dan tembok mewakili Pulau Pinang diganti secara
beransur-ansur, dengan menggantikan bulu dengan pokok pinang dan kemudian,
tembok digantikan dengan Jambatan Pulau Pinang yang dibina dan disiapkan pada
1980-an.
Berikutan keluarnya Singapura pada 1965, lambang negeri itu
dikeluarkan dan digantikan dengan bunga raya.
Pada tahun 1988, lambang Sarawak digantikan dengan jata
Sarawak terkini. Sabah di jata negara pada awalnya diwakili oleh bendera negeri
yang dipegang oleh dua lengan dari lambang negeri pra-1963, dan diolah semula
lalu menampilkan jata negeri terkini
Lambang versi Malaysia juga diolah dengan penampilan harimau
yang lebih realistik dan agresif.
Baca juga:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan