Selasa, 29 Julai 2025

MAKSUD SIMBOL JATA NEGARA

 
Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. 

Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan. 
 
Jata Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu.
 
Elemen dan sentimen seperti bunga yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara.
 
Maksud bagi bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan satu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
 
Bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama Islam sebagai agama Persekutuan.
 
Lima bilah keris yang berada di tengah-tengah jata itu menandakan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
 
Bahagian sebelah kiri jata itu adalah pokok pinang) yang menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan itu adalah pokok melaka yang menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat.
 
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah yang terkandungnya warna merah, hitam, putih dan kuning. 
 
Hitam dan putih adalah warna bagi negeri Pahang. Merah dan kuning adalah warna bagi negeri Selangor. Manakala hitam, putih dan kuning adalah warna bagi negeri Perak. Warna merah, hitam dan kuning adalah warna bagi Negeri Sembilan.
 
Keempat-wmpat buah negeri ini pada masa dahulu dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
 
Tiga bahagian di sebelah bawah kiri itu ialah negeri Sabah, manakala di sebelah kanan bawah itu pula ialah negeri Sarawak. Di tengah-tengahnya pula ialah bunga raya yang juga dikenali sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia.
 
Dua ekor harimau yang berada di sebelah kiri dan kanan jata itu pula adalah merupakan haiwan rasmi Malaysia iaitu harimau malaya.
 
Harimau juga merupakan haiwan rasmi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terdahulu dan digunakan dalam Lambang Malaysia. Harimau itu juga merupakan simbol keberanian.
 
Slogan "Bersekutu Bertambah Mutu" pada sebelah kiri itu ditulis dalam tulisan Rumi, manakala disebelah kanan pula ditulis menggunakan tulisan Jawi.
 
Warna kuning kuning pada awan-awan itu melambangkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.

Baca juga:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan