Projek Jambatan Pantai Senok-Kampung Gajah yang keseluruhan bernilai
RM58 juta, merangkumi kos pembinaan jambatan, jalan pengubung dan pengambilan
tanah bakal memberi manfaat besar kepada penduduk di jajahan Bachok dan Kota
Bharu.
Pantai Senok di Bachok terkenal dengan keindahan pantainya
yang turut dikenali dengan nama Pantai Nami. Manakala Pulau Gajah turut
mempunyai kawasan pantai yang cantik yang dikenali Pantai Nusuk dan juga
keindahan Masjid Ar-Rahman yang sering menjadi tumpuan ramai.
Kedua-dua lokasi ini terletak juah dari jalan utama. Dengan
siapnya jambatan itu nanti dan pembesaran jalan, menjadikan kawasan yang
dipisahkan oleh Sungai Pengkalan Datu itu mudah dikunjungi daripada kedua-dua
arah iaitu dari Bachok mahupun Kota Bharu.
Jjambatan sepanjang 1.224 kilometer itu akan menjadi mercu
tanda di kawasan tersebut apabila ia dibina 17 meter lebih tinggi berbanding
Jambatan Tok Bali di Pasir Puteh.
Jambatan yang dijangka siap pada Februari 2027 akan dapat
mengurangkan kesesakan jalan raya di Kampung Kota Jembal dan persimpangan Raja
Sakti ke jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Selain itu, ia juga dapat
mengurangkan masa perjalanan untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
(LTSIP) dan juga Kota Bharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan