Isnin, 14 Julai 2025

PUSAT LATIHAN KENEGARAAN (PLK) BALIK PULAU

 
Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Balik Pulau, Pulau Pinang merupakan salah satu 18 buah PLK yang dimiliki Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). PLK Balik Pulau sebelum tahun 2019 dikenali dengan nama Kem Bina Negara (KBN) Balik Pulau ketika Biro Tatanegara (BTN) masih beroperasi.
 
KBN Balik Pulau kemudiannya dikenali sebagai Kem Wawasan Negara (KWN) ketika berada di bawah Institut Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).
 
Pada 1 Jan 2024, KWN Balik Pulau dikenali PLK Balik Pulau apabila i-LEAD telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dikenali AKM.
 
PLK Balik Pulau dibina pada tahun 1990 di tapak berkeluasan 11 ekar. Ia mula beroperasi pada tahun 1995. Ia terletak betul-betul di tepi Pantai Pasir Panjang di sebelah barat dan di bahagian timur pula adalah banjaran bukit.
 
Jarak PLK Balik Pulau dari pekan Balik Pulau adalah kira-kira 14 kilometer dan dari pekan Simpan Empat sejauh lapan kilometer.



Baca juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan