Untuk
mengangkat negara, mesti dengan keyakinan, mesti dengan semangat perpaduan,
semangat kecintaan kepada negara serta keyakinan bahawa negara ini mampu
diangkat sebagai negara hebat di mata dunia.
Dalam usaha melihat ke hadapan, penekanan untuk mengenali
sejarah negara juga tidak disampingkan. Menghargai perjuangan pejuang terdahulu
dan penyertaan semua kaum membolehkan negara ini mencapai kemerdekaan dan
berdaulat disebabkan sumbangan mereka.
Genarasi hari ini perlu didedahkan dengan semangat menghargai
sumbangan pemimpin, pejuang kemerdekaan terdahulu, dari semua negeri di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak kerana mereka mempunyai jasa tetapi menghargai
sumbangan jasa lama itu tidak mengikat kita dalam keadaan yang beku.
Bayangkan ibu bapa miskin, sanggup menyerahkan cincin, gelang
dan rantai, untuk dijadikan belanja bekalan untuk pemimpin terbang, biaya ke
London, berbincang dengan Inggeris untuk tuntut kemerdekaan, namun semangat ini
kadang-kadang pudar kerana kita sibuk dengan kepentingan diri tanpa memikirkan
kesejahteraan rakyat.
Seperti mana disebut oleh pemikir Perancis, untuk menilai
sumbangan pejuang, pemikir terdahulu, bukan semata-mata menyatakan penghargaan
atau melupakan mereka tetapi menyemarakkan semangat yang mereka tanam.
Gambar sekadar hiasan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan