Anak seluang ialah simpulan bahasa yang bermaksud orang
kecil atau pekerja berpangkat rendah atau bawahan. Ia menggambarkan
seseorang yang kedudukannya tidak tinggi dalam sesebuah organisasi atau
masyarakat.
Individu yang dianggap anak seluang tidak mampu memberi manfaat
besar kepada organiasi, mahupun memberi ancaman.
Anak seluang mungking dilihat lincah bermain arus, namun tidak
dipedulikan oleh pemancing mahupun penebar jala. Anak seluang tidak lekat di
mata pancing kerana ukuran kecil. Begitu juga tidak terperangkap di jala
mahupun pukat.
Satu peribahasa menggunakan nama seluang ialah seluang melaut akhirnya balik ke tepi juga
bermaksud tidak betah merantau akhirnya balik semula ke kampung.
Gambar sekadar hiasan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan