4 Mei datang lagi. Tarikh yang kami anak, menantu, cucu dan
cicit serta ahli keluarga dan sesiapa yang mengenali Timah @ Fatimah Binti
Yusuf, bahawasanya inilah tarikh pada 4 Mei 2023, berlakunya perpisah kekal du
dunia ini.
Bermula 16 April 2023, Timah dimasukkan ke Hospital Pakar
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan terpaksa ditidurkan kerana mengalami
masalah kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan jantung.
Selepas seminggu ditidurkan, Timah sedar, namun masih perlu
kepada bantuan alat pernafasan. Kalaupun cuba berkomunikasi dengan anak-anak,
namun tidak ada satu perkataan pun yang jelas.
Ketika itu bulan puasa dan hampir dengan Aidilfitri.
Anak-anak dan cucu berulang-alik melawat Timah di hospital, termasuk pada
Aidilfitri yang mana seperti tiada apa-apa erti lagi.
1 Syawal jatuh pada 22 April 2023. Timah menghembuskan nafas
terakhir pada 13 Syawal.
Timah meninggalkan 16 orang anak dan lebih 70 orang cucu.
Kini, telah lahir cicit yang mewarisi legasi keluarga Ismail Bin Abdullah dan
Timah Binti Yusuf.
Ismail meninggal pada tahun 2000, menjadikan Timah berstatus
ibu tunggal selama 23 tahun mendidik dan membesarkan anak-anak.
Tanpa pendapatan tetap, anak berjaya dibesarkan dan berjaya
dalam pelajaran apabila kesemua 16 orang anak berjaya menjejak ke pusat
pengajian tinggi.
Sekarang, seorang demi seorang cucu Timah mencipta kejayaan
masing-masing dalam pelajaran dan kerjaya.
Tahun ini, tiga cucu Timan mencipta sensasi dalam SPM 2025. Muhammad
Adli bin Mohd Khairul Bahri mendapat 12A (10A+ 1A dan 1A-), Bashir bin Mohd
Yazid 12A (9A+, 2A, 1A-) dan Ahmad Muqri bin Mohd Azmi mendapat 9A (3A+ dan
6A). Mereka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan