Sabtu, 9 Mei 2026

BERSATU DALAM KEMANUSIAAN

Tarikh 8 Mei setiap tahun adalah ulang tahun Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia. Tahun 2026, tema yang dipilih adalah “United in Humanity” atau “Bersatu dalam Kemanusiaan".

Sempena Hari Bulan Sabit Merah 2026, seramai 20 orang sukarelawan BSMM Kelantan bersama BSMM Sabah (Tuaran) berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

Program Puncak Kinabalu: Puncak Kemanusiaan membuktikan semangat kecekalan, kesatuan dan pengorbanan dalam menjunjung nilai kemanusiaan amat penting untuk mencapai sesuatu matlamat dalam aktiviti kesukarelawan.

Tiada perkara yang sukar dicapai jika lahir di dalam diri semangat bersedia menempuh pelbaai cabaran dan tidak mengharapkan balasan dalam tugas kesukarelawan yang dilakukan biarpun menempuh situasi yang kebanyakan orang tidak bersedia untuk menghadapinya.

Inilah hakikat semangat utuh sukarelawan Bulan Sabit Merah di seluruh dunia yang sanggup berdepan dengan pelbagai situasi termasuk di medan perang dan bencana teruk.  

Kredit pemilik gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan