Buah
belimbing besi kaya vitamin C, zat besi dan zat
kapur. Ia digunakan merawat kencing manis, tekanan darah tinggi dan radang gusi. Belimbing amat kaya dengan antioksida dan antimikrob. .
Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran
bentuknya yang meyerupai bintang apabila dipotong melintang.
Dalam
rawatan Ayurveda, belimbing besi dijadikan tonik menguatkan badan, untuk busir, merawat punca gangguan hempedu dan
angin dalam perut.
Belimbing juga diguna untuk menghentikan pendarahan pada luka ringan. Caranya
ialah dengan menumpuk lumat atau dikisar, kemudian ditampal pada bahagian yang
luka tadi bagi menghentikan pendarahannnya.
Cara menghentikan pendarahan juga boleh diamalkan untuk mencuci nanah pada bisul.
Untuk
membunuh dan mengeluarkan cacing dalam perut kanak-kanak boleh dilakukan dengan
mengambil bunga belimbing dan rebus dengan api yang sederhana, kemudian beri
minum air rebusan bunga belimbing tersebut, insys-Allah cacing dalam perut akan
mati dan keluar.
Sekarang ini, banyak produk dihasilkan dari belimbing besi seperti minuman segar serta kordial, jem, gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. Itu semua menggunakan buah belimbing besi yang telah masak.

Di
samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga
digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain
bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, antioksida, antikanser,
melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.
Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.
Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali.

Caranya buah belimbing yang
cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya
sebanyak satu gelas. Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.
Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Dapatkan benih belimbing besi madu secara dalam talian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan