Ubi
sarek atau ubi kekek adalah sejenis keladi. Ia juga boleh didapati tumbuh liar
dan ditanam di India, Indo-China, Filifina dan Thailand. Ubi sarek biasanya
tumbuh liar di Malaysia dan ia jarang dimakan sebab mengandungi kalsium oksalat
yang tinggi dan ubi ini sangat gatal.
Pokok
adalah jenis pokok bermusim. Ubi sarek biasa akan tumbuh selepas musim hujan
dan akan mati bila sampai masanya. Ketika mula tumbuh, keadaannya muncul dari
dalam tanah seperti kuntum bunga.
Ia
hidup subur di kawasan lembab dan redup. Ketinggian pokok in boleh mencapai
sehingga 1.5m. Terdapat lebih 80 spesis Amorphopallus di seluruh negara tetapi
hanya dua spesis yang mempunyai kepentingan sebagai makanan. Ia juga dikenali
dengan nama ubi ular kerana batangnya mempunyai corak seperti ular.
Ubi dan batang pokok ini boleh dijadikan makanan yang lazat melalui penyediaan tertentu. Di Kelantan pada zaman dahulu, ubi sarek dan digunakan sebagai campuran dalam bubur asyura. Ia menjadi sebahagian daripada bahan untuk menambah kandungan asyura bersama-sama beras dan beberapa jenis ubi lain.

sarek juga boleh dibuat pengat, direbus dan sebagainya. Batangnya pula boleh
dibuat masak lemak. Bagaimanapun hanya orang tahu kaedah memasak ubi sarek
sahaja boleh melakukan.
Ubi sarek boleh di makan walaupun gatal dan mungkin beracun. Ubi ini direbus beberapa lama, ditumbuk halus, dikeringkan dan dimasak. Cara menghilangkan racun adalah dengan merendam ubi yang telah direbus dengan air mengalir sebelum ditumbuk dan dimasak sekali lagi sebelum dimakan.
Sebenarnya penggunaan ubi sarek juga diamalkan masyarakat di negara lain. Di India dan Indonesia ubi sarek juga dijadikan sebagai makanan. Orang China menggunakan ubi ini menjadi tepung untuk dibuat makanan seperti tauhu. Orang Jepun pula merebus ubi ini untuk menghasilkan makanan seperti mihun. Sesetengah orang menjadikan ubi ini sebagai makanan ikan.

Selain
dijadikan bahan makanan dan racun sumpitan, spesis ubi sarek yang tertentu juga
digunakan sebagai ubatan tradisional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan