Jumaat, 2 Oktober 2020

D AUR BEACH RESORT PANTAI BERSIH

Di jajahan Bachok terdapat banyak tempat menarik yang dikendalikan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai tempat peranginan. Salah satu yang berjaya menarik ramai pengunjung ialah D Aur Beach Resort. 

D Aur Beach Resort terletak kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu dan hanya 10 kilometer dari pekan Bachok. 

Kedudukannya menghadap Laut China Selatan yang bentang luas dengan pantai pasir putih yang menarik menjadikan ia tarikan ramai. Pantainya luas dan landai sesuai untuk aktiviti pantai dan mandi manda.

Pengunjung boleh menyewa ATV untuk bersiar-siar di kawasan berdekatan. 

Pada musim tertentu, pengunjung berpeluang untuk menangkap ketam ragi dan mengutip remis yang banyak di pantai berkenaan.

Tempat yang selasa dan mengutamakan kebersihan dan kemudahan asas yang diperlukan oleh pengunjung menjadikan D Aur Beach Resort tumpuan ramai.

Pantai di D Aur Beach Resort sesuai sangat untuk sesiapa yang nak relaks santai, suarfoto, sambutan ulang tahun kelahiran, hari keluarga, sukaneka dan sebagainya.

Lokasi : D Aur Beach Resort, Jalan Tok Ayah Aur, 16310 Bachok, Kelantan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan