Penyakit
kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit
berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan.
Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.
Leptospirosis
merupakan antara penyakit berjangkit yang sering berlaku di Malaysia. Kes
Leptospirosis pertama direkodkan di Malaysia dikatakan sekitar tahun 1925.
Leptospirosis
merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria spirochete,
iaitu spesies leptospira interrogans. Ia merupakan penyakit bawaan
zoonotik kerana manusia biasanya mendapat jangkitan ini daripada haiwan
terjangkit (infected animals) contohnya tikus.
Banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar
atau peliharaan. Haiwan dijangkiti adakalanya tidak menunjukkan tanda sakit, tetapi
sekadar menjadi pembawa. Secara umumnya
bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain
seperti rakun dan serigala.
Bakteria
ini akan berada di dalam buah pinggang haiwan terjangkit dan akan keluar
bersama air kencing haiwan tersebut.
Manusia
boleh terjangkit melalui pendedahan dengan kencing yang tercemar pada luka
ataupun terminum atau termakan makanan yang tercemar dengan kencing tikus.
Selain
itu, jangkitan boleh berlaku dengan melaui udara yang mengandungi titisan air
kencing yang tercemar dengan kuman Leptospira. Aktiviti perkelahan di
kawasan air merupakan satu cara lazim terjangkit penyakit ini.
Leptospirosis
juga digelar sebagai “The Great Mimicker” kerana boleh menyembabkan simptom
yang pelbagai sama seperti penyakit lain mengakibatkan ia agak susah untuk di
diagnos.
Antara
komplikasi penyakit ini adalah seperti menyebabkan kegagalan pada fungsi hati
dan ginjal, jangkitan kuman pada otak (meningitis), atau masalah pernafasan
seterusnya kematian andai tidak dirawat.
Tanda
atau gejala bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit
kepala, batuk tidak berkahak, loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit
tulang, sakit tekak dan sakit perut.
Pesakit
mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur
kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Penyakit
ini boleh mendatangkan gejala yang ringan sehingga serius. Biasanya, 90 peratus orang yang terjangkit mengalami gejala yang ringan sahaja contohnya demam
panas, sakit sendi, mata merah dan sakit perut.
Ada
sesetengah orang yang boleh mengalami gejala yang teruk contohnya kerosakan
buah pinggang, jaundis, pendarahan dalam paru-paru serta jangkitan kuman otak
dikenali sebagai meningitis.
Biasanya,
kelewatan mendapatkan rawatan awal terhadap demam yang dianggap biasa merupakan
punca kepada penghidap penyakit kencing tikus ini maut.
Rawatan
untuk penyakit kencing tikus ini merupakan ubat-ubatan seperti antibiotik yang boleh
diberikan melalui suntikan atau dimakan.
Antibiotik
merupakan sejenis ubat yang boleh membasmi jangkitan bakteria dari badan.
Ubat-ubatan ini merupakan sesuatu rawatan yang memang terbukti dapat merawat
penyakit kencing tikus ini. Contoh antibiotik yang sering digunakan adalah Penicillin
G, Ampicillin, Doxycycline, Amoxicillin dan Ceftriaxone.
Namun
demikian, terdapat petua yang dikatakan boleh merawat penyakit kencing tikus iaitu
penggunaan serai. Petua ini menyatakan bahawa serai merupakan penawar penyakit kencing tikus.
Dalam
petua ini, beberapa batang serai termasuk daunnya dibasuh lalu direbus. Air
rebus dengan serai ini hanya perlu diminum supaya dapat sembuh daripada
jangkitan kuman ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan