Demi
menegakkan kebenaran dan menyampaikan apa yang hak, ramai ulama yang berdepan
dengan tentangan dan halangan, termasuk dari kalangan pemerintah Islam sendiri.
Mereka
tidak mengalah bahkan cekal atas pendirian mereka mempertahankan Islam.
Antara
catatan sejarah mengenai ulama yang disiksa dan dijatuhi hukuman oleh
pemerintah:
IMAM
SYAFIE
Imam al-Syafie ditangkap kerana disangka cenderung kepada Syiah yang memberontak. Imam Syafie diheret dari Yaman untuk dibicara di Baghdad. Menurut Ibn Hajar, kekuatan hujah serta ketinggian ilmu Imam Syafie berjaya meyakinkan Khalifah al-Rasyid sehingga beliau dibebaskan. (Ibn Hajar, Tawali al-Ta’sis)

Jika
tidak kerana kekuatan hujah, Imam Syafie berdepan hukuman pancung seperti mana
diterima individu yang dikenakan tuduhan dan dibicarakan atas kesalahan
tersebut.
IMAM
HANAFI
Malah Abu Hanifah dipenjara di zaman Khalifah Abu Ja’far al-Mansur kerana menolak daripada dilantik sebagai Qadhi. Beliau bukan sahaja dipenjara malah dikenakan hukuman sebat. Lihatlah pendirian Abu Hanifah yang menolak dari diberikan jawatan dalam kerajaan. Bukan dipenjara kerana meminta untuk dilantik dalam sebagai pemimpin kerajaan.

Beliau
menolak jawatan kerana tidak mahu tunduk dengan kehendak pemerintah dalam
menyatakan sesuatu perkara, terutama berkaitan agama.
IMAM
MALIKI
Imam Malik ditangkap kerana mempertahankan hadis yang disangkakan pemerintah sebagai menentang mereka. Kata al-Imam al-Zahabi: “Lalu (Jaafar Gabenor Madinah) memerintahkan agar al-Imam Malik ditangkap, dikenakan hukuman sebatan sehingga dikatakan terkehel tangan Malik daripada bahunya (akibat hukuman itu). (al-Zahabi, Siyar A’lam).

Selain
itu, Imam Malik sering mengeluarkan pendapat yang dianggap yang bertentangan
dengan kehendak pemerintah. Akibat tindakan itu, Imam Malik telah dicambuk
dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya.
Begitu
cekal al-Imam Malik berpegang pada pandangannya tentang hadis sehigga beliau
ditangkap dan diseksa.
IMAM
HAMBALI
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

SUFYAN
AT TSAURI
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbun tanah.

SAID
BIN JUBAIR
Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

ABU
YAZID AL-BUSTAMI
Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapapun berhasil memancungnya.

ABUL
HUSIN AN-NURI
Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

NAWAWI
Telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat selain banyak mengeluarkan fatwa yang tidak selari dengan kehendak pemerintah.

AHMAD
dipenjara
kerana menolak pandangan muktazilah ketika itu berkenaan al-Quran itu adalah
makhluk. Kesannya Khalifah al-Makmun memerintahkan agar al-Imam Ahmad
ditangkap, dipenjara dan dikenakan hukuman sebat. Malah al-Imam Ahmad dilarang
dari mengajar. Ini semua berlaku kerana ketegasan beliau mempertahankan
pendirian Islam yang menolak tafsiran Muktazilah tentang al-Quran.
IMAM
AL-IZZ ABD SALAM
Ditangkap
dan dipenjara kerana menentang perjanjian pemerintah Damsyiq ketika itu dengan
golongan salibiyyin (tentera Perang Salib). Beliau membantah perjanjian bersama
tentera salib tersebut kerana bimbang perjanjian tersebut hanya akan
menguntungkan orang kafir dan merugikan Muslim.
Kata
al-Izz: “Haram ke atas kamu menjalankan
baiah bersama mereka kerana kamu tahu, mereka (tentera salib) membeli
(sebahagian tanah) itu untuk membunuh saudara-saudara kamu.” (al-Afani, Zahru
al-Basatin)
Lalu
al-Izz ibn Abd Salam ditangkap atas pendirian mempertahankan umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan