Projek
Jiwa Murni yang diperkenalkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika era
menentang pengganas komunis pada awal 1970an, tetap relevan sehingga kini.
Projek
Jiwa Murni berbentuk khidmat percuma ATM kepada golongan sasar di kawasan masih
dikuasai pengganas komunis. Projek Jiwa Murni dapat merapatkan penduduk setempat
dengan anggota ATM.
Pada
ketika itu, antara program yang diadakan ialah membina kemudahan awam, khidmat
kesihatan dan pendidikan. Ia dilaksanakan oleh rejimen atau kor yang berkaitan.
Pada
era penentangan pengganas komunis, Projek Jiwa Murni diadakan bagi membentuk
jalinan kerjasama dengan penduduk setempat dengan matlamat untuk mewujudkan
jalinan rangkaian sumber maklumat bagi membantu mengesan sebarang aktiviti
musuh.
Pendekatan itu ternyata berkesan sehingga membuatkan pengganas komunis tidak
berani membina tempat persembunyian berdekatan penempatan penduduk, khususnya
di lokasi yang dianjurkan Projek Jiwa Murni.
Walaupun
pengganas komunis telah meletak senjata, Projek Jiwa Murni masih diteruskan
oleh ATM kepada kumpulan sasar.
Kementerian
Pertahanan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan Projek Jiwa
Murni termasuklah membina rumah kepada penduduk memerlukan di seluruh negara
pada tahun ini.
Menteri
Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini Tentera
Darat Malaysia (TDM) telah merancang dan mengenal pasti pelbagai Projek Jiwa
Murni yang akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara.
Selain
peruntukan daripada Kementerian Pertahanan, sumbangan dari kerajaan negeri
turut diterima untuk melaksanakan Projek Jiwa Murni. Untuk masa hadapan,
diharapkan akan ada syarikat swasta dan agensi untuk bersama-sama dalam Projek
Jiwa Murni.
Projek
Jiwa Murni mendatangkan banyak kebaikan dan kelebihan. Pertamanya ia masih
dapat meneruskan manfaat asal untuk merapatkan hubungan masyarakat dengan ATM.
Keduanya,
kos melaksanakan Projek Jiwa Murni dapat dijimatkan sehingga 50 peratus
berbanding jika ia dilaksanakan pihak lain kerana menggunakan kepakaran anggota
tentera serta peralatan yang sedia ada dalam pasukan ATM.
Untuk
tahun ini, ATM telah menetapkan sekurang-kurangnya 50 projek dapat dilaksanakan
di seluruh negara membabitkan projek yang telah dikenal pasti. Pojek Jiwa Murni
ini akan membabitkan pembinaan rumah baharu, baik pulih rumah, penyelenggaran
dewan, tanah kubur, masjid dan surau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan