Strategi
politik adalah kepentingan dan keuntungan. Jika sesuatu itu memberi pulangan
maka ia sesuatu yang wajar dilakukan.
Dalam
politik segala kemungkinan boleh berlaku. Ia satu seni yang memerlukan kepada
strategi dan keyakinan. Tidak perlu terikut-ikut kepada apa orang kata. Apa
orang kata itu hanya satu pandangan jujur dan mungkin juga satu perangkap.
Jika
UMNO dan PKR mungkin bekerjasama di PRU15 sebagai blok baharu, banyak kemungkinan
boleh berlaku. Pertamanya, sebahagian Ahli Parlimen UMNO akan ke blok PN dan
sebahagian ke blok baharu. UMNO mungkin berpecah.
Bagaimana
pula dengan blok PH? DAP kelihatan sukar untuk dampingi UMNO, manakala Amanah
pula mungkin kekal dalam PH.
Kalaupun
UMNO memilih untuk tidak bersama Bersatu pada PRU15, kemungkinan ada pemimpin UMNO
memilih untuk keluar parti dan menyertai Bersatu demi untuk kelansungan politik
dan jawatan.
UMNO
dan Pas masih ingin bersama dalam Muafakat Nasional (MN), tetapi pada masa masa
Pas ingin kekal bersama Bersatu dalam PN. Mungkinkah perkara ini boleh berlaku
pada PRU15 nanti?
Inilah
dinamakan persoalan politik yang bukan sahaja memerlukan kebijaksanaan untuk
membuat keputusan, tetapi juga keberanian.
Sesiapa
sahaja boleh membuat ramalan. Pun begitu, natijah kepada kepada keputusan dan
tindakan yang bakal dilakukan amat besar kesannya.
Justeru,
perlunya pemimpin dan seluruh ahli UMNO melangkah dengan yakin dan bersemangat
untuk mendepani apa juga cabaran bakal dihadapi pada PRU15 nanti.
Ketetapan
tidak bersama Bersatu telah dibuat. Maka, segala strategi dan percaturan
selepas ini adalah berdasarkan kepada ketetapan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan