Jumaat, 26 Mac 2021

UMNO kekal menggunakan lambang Dacing pada PRU15

Lambang mempunyai erti tersendiri. Banyak individu akan naik semangat dan mempunyai kekuatan luar biasa apabila melihat sesuatu lambang, contohnya bendera.

Sebab itu, UMNO telah memutuskan bahawa parti itu akan kekal menggunakan lambang dacing pada PRU15 walaupun berkerjasama dengan mana-mana parti sekalipun.

Perkara ini dijelaskan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan yang dipetik dari UMNO Online.

“MKT dah buat beberapa keputusan dan saya ingin mengulang kembali pertamanya kita akan menggunakan lambang BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti… maknanya walaupun kita dengan Muafakat Nasional (MN) atau sebagainya kita akan mengguna pakai lambang BN.",
kata Ismail.  

UMNO sudah sebati dengan BN yang berlambangkan ‘dacing’. Lambang dacing akan kekal menjadi identiti UMNO selain lambang ‘keris bersilang’ yang menjadi lambang parti.

Tentu sekali amat sukar untuk ahli UMNO menerima lambang lain. Walaupun nampak remeh, inilah hakikat mengapa ada di kalangan ahli akar umbi tidak mahu bersama Perikatan Nasional (PN) yang ada lambang sendiri.

Mereka tidak mahu menerima lambang ‘bulan bintang’, biarpun menggunakan warna latar belakang yang sama. Mana mungkin lambang baharu menggantikan lambang lama yang telah sinonim dalam politik tanah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan