Sabtu, 27 Mac 2021

POLITIK DINAMIK SUKAR DIRAMAL

Politik bersifat dinamik. Sentiasa berubah-ubah mengikut peluang dan ruang yang ada.

UMNO memutuskan tidak berkerjasama dengan Bersatu pada PRU15. Tiba-tiba UMNO bersama Pas yang bersama dalam Muafakat Nasional (MN) menghantar surat pelawaan kepada Bersatu untuk menyertai MN.

Pada 23 Mac 2021, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, menerima usul daripada bahagian-bahagian supaya kerjasama antara UMNO dan Pas perlu dikaji semula berdasarkan sikap Pas yang dilihat tidak mengutamakan hubungan dalam MN.

Lanjutan itu, Pas melalui kenyataan Timbalan Mursyidul Am, berkata parti itu tidak berkecil hati dengan pendirian semasa UMNO Negeri Kelantan yang mahu mengkaji semula kerjasama antara kedua-dua parti.

Kita nantikan apakah akan berlaku sebenarnya. Apa yang penting, apa-apa pun keputusan mesti atas nama untuk kebaikan Islam dan Melayu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan