Parti
Islam se-Malaysia (PIM) telah memilih untuk bersama Parti Peribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRM15) nanti. Pemerhati politik
berpendapat, langkah PIM bersama PPBM bermakna memilih jalan mati.
PPBM parti baharu yang tiada kekuatan. Masa PRU14 dahulu PPBM menang beberapa kerusi dengan sokongan pengundi Pakatan Harapan (PH) dan individu yang terpengaruh dakyah bencikan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional (BN).
PPBM parti tiada maruah. Mencari kekuatan dengan menerima Ahli Parlimen lompat parti kerana ingin menyucikan diri. Mana-mana pemimpin yang ada masalah dan ‘kotor’ akan melompat ke PPBM. Lompat ke ‘kolam’ PBBM untuk membersihkan diri kerana bahan cucinya bersifat menghakis kekotoran lebih kuat dari asid.
Hakikatnya, individu yang melompat ke PPBM hanya suci pada mata undang-undang dan bukan di hati pengundi. Pengundi meluat dengan pemimpin yang tidak setia dan pengkhianat.
PIM yang bersama PPBM turut terpalit dengan dosa. Penyokong PIM berasa tertipu dengan sikap pemimpin mereka yang menjadi pak turut kepada PPBM. Sebab itu, keghairahan penyokong PIM semakin merosot. Mereka keliru dan berasa suara mereka tidak lagi dipedulikan.
Pemimpin PIM lebih pentingkan kedudukan berbanding perjuangan. Sekarang ini, pemimpin PIM amat jarang menyebut mengenai perjuangan Islam. Penyokong PIM menjadi sendu apabila RUU 355 tidak lagi diperjuangkan. Cadangan pakaian menutup aurat untuk pramugari MAS yang pernah disebut di Parlimen semasa menjadi pembangkang kini entah ke mana. Tuntutan royalti minyak untuk Kelantan seakan-akan tidak lagi wujud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan