Isnin, 28 April 2025

AKM KENDALIKAN MODUL LATIHAN KENEGARAAN

 
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang dahulunya dikenali sebagai Institut Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dipindahkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejak 1 Jan 2024 bertujuan memusatkan dan mengkoordinasi modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
 
Menerusi penjenamaan semula, agensi itu dapat memberi lebih tumpuan kepada pembinaan negara bangsa, kepimpinan serta pengkhususan modul yang lebih terarah kepada kumpulan sasar lebih menyeluruh.
 
Ia termasuk pimpinan negara, kakitangan kerajaan, belia dan komuniti setempat berbanding kumpulan sasar sebelum ini yang hanya melibatkan belia.
 
Pemindahan ini juga meningkatkan koordinasi merentas pelbagai kementerian dan agensi, dengan AKM diletakkan secara terus di bawah Perdana Menteri.
 
AKM berfungsi sebagai medium untuk memperkasakan ilmu kenegaraan yang holistik dan komprehensif serta memberikan khidmat nasihat dan runding cara berkaitan ilmu kenegaraan.
 
AKM menerusi Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani yang dirangka berteraskan prinsip Perlembagaan diharap dapat memacu negara ke arah lebih cemerlang, selain turut menghargai sumbangan pemimpin dan pejuang terdahulu.
 
Gambar - Kunjung hormat terhadap Pengarah AKM Negeri Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan