UMDAP bukanlah apa-apa. Ia hanya suatu ejekan untuk
mengelirukan dan menakutkan orang-orang Melayu tentang hubungan UMNO dengan
DAP. Hakikatnya UMNO tidak bergabung dengan DAP, tidak seperti hubungan Pas
dengan DAP.
Pas dengan DAP pernah membentuk hubungan yang "erat"
sehingga boleh berpelukan dan saling menguat antara satu sama lain. Matlamat
utama mereka pada ketika itu adalah untuk menumbangkan UMNO/BN.
Ironinya UMNO dan DAP bergabung untuk membentuk kerajaan
bagi memastikan politik negara dalam keadaan stabil dan kerajaan boleh bertahan
sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
Sepanjang berada dalam kerajaan, jika ada mana-mana pilihan
raya kecil (PRK), maka kerjasama akan diadakan. Paling pasti untuk mengelak
pertembungan parti dari Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).
Sedangkan urusan sepanjang PRK lebih dilakukan oleh parti
yang bertanding sendiri. Parti lain sekadar membantu atau memberi sokongan di
kalangan ahli sendiri.
UMNO masik kekal dalam BN dan seperti dahulu lagi kekal
menggunakan lambang BN setiap kali memasuki pilihan raya sama ada PRU, PRN
mahupun PRK. UMNO tidak pernah menggunakan lambang lain, termasuk PH.
Sedangkan Pas sudah berulang kali bertukar gabungan parti,
termasuklah bersama DAP. Malah Pas membantu DAP dapat menjadi pemerintah di
Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
UMDAP hanya hanya ejekan politik. Bahkan Pas-PN pun akan
sanggup bersama sesiapa sahaja, termasuk DAP, jika mereka dapat membentuk
kerajaan. Itu fakta sejarah dan pasti akan berulang jika da peluang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan