Karamah berasal dari bahasa Arab. Menurut bahasa ertinya
mulia dan menurut istilahnya pula kejadian luar biasa yang tidak masuk akal dan
berlaku pada diri wali sebagai tanda kemuliaan yang dianugerahkan Allah ke atas
mereka.
Karamah insaniah, adalah pendekatan yang digunakan untuk
mengembalikan martabat kemanusiaan, ia merujuk kepada konsep menghormati dan
memuliakan setiap individu sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.
Menurut ajaran Islam, setiap manusia mempunyai nilai dan hak
yang perlu dihormati tanpa mengira bangsa, warna kulit, latar belakang,
kedudukan, atau keadaan mereka.
Karamah insaniah berpegang kepada prinsip menjaga kehormatan
dan harga diri. Setiap manusia berhak untuk dihormati dan dijaga harga dirinya.
Prinsip ini mendorong individu untuk berusaha mencipta suasana yang penuh
hormat dalam interaksi sosial mereka.
Dengan mematuhi prinsip ini, kita dapat memelihara hubungan
baik, membina kepercayaan dan meningkatkan kualiti peribadi dan komuniti
Selain itu, prinsip ini turut berfungsi dalam memelihara
hubungan yang harmoni, memupuk keprihatinan dan menyemai rasa kasih sayang
sebagaimana ajaran Islam. Ia juga membantu membentuk masyarakat yang lebih adil
dan penyayang.
Setiap anggota masyarakat dapat merasakan penghormatan yang
sewajarnya dan menjalani kehidupan dengan martabat yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan