Kelompok
ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang menyokong kerjasama
dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau disebut proPPBM begitu
beriya-iya mendedahkan rakaman audio mirip suara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu cara untuk menekan Ahmad Zahid agar
melepaskan jawatan Presiden UMNO.
Asas
pendedahan itu adalah kononnya Ahmad Zahid telah membelakangi keputusan Persidangan
Agung UMNO (PAU) 2020 yang menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PPBM, Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya
Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Inilah
dikatakan paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Peringatan kepada
kelompok proPPBM, keputusan PAU 2020 bukan sahaja menolak kerjasama dengan PKR
dan DAP, tetapi juga PPBM.
Kalau
kelompok proPPBM ingin agar UMNO berkerjasama dengan PPBM pada PRU15, ini juga
bermakana tidak mematuhi keputusan PAU 2020 yang dibuat olah ahli akar umbi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan