Pas telah ‘mensucikan’ DAP terlebih dahulu melalui PasDap.
Selain itu, Bersatu pun telah mengangkat DAP membentuk kerajaan Pusat kali
pertama selepas PRU 2018. Pas bertanggungjawab memberi kuasa kepada DAP menubuh
kerajaan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor sebelum ini.
Pas yang sebelum ini amat membenci UMNO dengan alasan bekerjsama
dengan MCA dan MIC, parti bukan Islam, terpaksa menelan segala hujah dan hukum
yang ditujukan kepada UMNO sebelum itu.
Pas bukan sahaja menyucikan DAP, tetapi juga mengangkat pada
kedudukan yang tinggi dan dihormati. Pemimpin dan penyokong sanggup menjadi
kudang tunggangan kepada DAP sehingga sanggp melakukan apa sahaja yang
difikirkan dapat menyelamatkan dan meletakkan DAP pada kedudukan terbaik.
Namun, keakraban Pas dan DAP sentiasa bermasalah apabila Pas
pada masa sama membuat tuntutan atau kenyataan yang menakutkan DAP. Pada DAP,
Pas sebenarnya tidak ikhlas dalam hubungan tersebut.
Kerjasama UMNO dan DAP dilakukan dengan
rundingan yang jelas. Tidak hanya memuji dan menyatakan setia sedangkan
bertindak sebaliknya.
UMNO dengan jelas menetapkan bahawa kerjasama akan terus berlangsung selagi PH, khususnya DAP dapat menghormati perjuangan
UMNO mempertahankan dan memartabatkan agama, bangsa dan raja-raja Melayu.
Perkara ini dihormati dan dipatuhi oleh DAP dan atas alasan
itu, kerjasama masih berjalan sekurang-kurangnya sehingga tamat penggal PRU
ke-15.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan