Khamis, 26 Mei 2022

AYAM SELASIH BERWARNA HITAM LEGAM

 
Ayam selasih juga dikenali ayam cemani. Perkataan cemani berasal bahasa Jawa kuno yang bermaksud hitam legam. 

Warna hitam menyelimuti seluruh tubuh bermula dari balung, gelambir, paruh, bola mata, rongga mulut, lidah, bulu, sayap, ketiak, lubang dubur, kaki,dan kuku. Maka, nama mudah untuk ayam selasih adalah ayam hitam. 

Ayam selasih dikatakan berasal daripada Pulau Jawa, Indonesia. Ayam selasih banyak dipelihara oleh masyarakat zaman dahulu di Kedu pada zaman Kerajaan Majapahit abad ke 19.

Ayam selasih sangat istimewa pada zaman tersebut, sehingga sangat disukai dan menjadi peliharaan atau koleksi para bangsawan dan raja-raja.

Inilah yang membuatkan ayam ini menjadi sangat eksklusif, memiliki nilai pasaran yang tinggi kerana dikaitkan dengan golongan atasan. Memiliki ayam selasih satu kebanggaan.

Sekarang sukar untuk memperoleh ayam selasih. Ada individu cuba membiaknya untuk memenuhi pemintaan yang tinggi terhadap ayam selasih sama ada untuk dipelihan mahupun gunakan untuk perubatan. Ayam selasih dijadikan ramuan untuk produk kesihatan bergred tinggi. 

Ahli perubatan tradisional yakin kepada khasiat ayam selasih yang antara lain berfungsi:
- Melancarkan peredaran darah.
- Memulihkan kelesuan badan.
- Melegakan asma.
- Baik untuk pesakit kencing manis.
- Mengubati penyakit buasir kecil.
- Melegakan sakit pinggang, sendi-sendi dan lutut.
- Melegakan migrain.
- Membuang angin dalam badan.
- Menaikkan seri wajah.
- Membantu kesihatan kulit yang baik.
- Wanita selepas bersalin baik untuk pulihkan peranakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan