Jumaat, 20 Mei 2022

GUNA NAMA SEBENAR DI MEDIA SOSIAL

 
Kita memang tidak ingat nombor telefon orang lain, melainkan telah biasa sangat dengan nombor tersebut. Untuk kita ‘ingat’ dan ‘kenal’ pemanggil atau yang berkomunikasi melalui WhatsApp, nombor itu disimpan dengan identiti yang mudah kita ingat, sama ada nama sebenar, nama gelaran, kumpulan dan sebagainya.

Namun, tidak semua nama disimpan. Mungkin kenalan baharu atau belum tiba masa untuk disimpan.

Berkomunikasi melalui WhatsApp sebenarnya tidak sukar untuk kita memperkenalkan diri. Sistem WhatsApp membolehkan kita meletakkankan gambar dan nama dalam akaun kita.

Tetapi, kebanyakan tidak melakukan apa yang sepatutnya. Gambar profile tidak dimuat naik. Kalau adapun, bukan gambar diri sebenar. Dibubuhnya gambar kuda, kucing, naruto dan sebagainya.

Nama juga tidak dinyatakan nama sebenar. Macam-macam nama.

Atas sebab itu, orang lain tidak mengenali kita.

Jadi, diharapkan dapatlah guna gambar profile diri sendiri dan nama sebenar. Biar senang orang kenal kita. Perhubungan perlukan kejujuran dan saling mengenali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan