Islam
adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari
sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan
sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat dituntut supaya
menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allah SWT.
Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak
terhadap tubuh badan kamu” (Hadis riwayat Bukhari)
Sabda
Rasulullah SAW: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah
daripada orang mukmin yang lemah” (Hadis riwayat Muslim)
Islam
juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas
keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Mintalah kepada
Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang
lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Kita
juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan
sebelum ditimpa sebarang penyakit seperti pepatah Inggeris “Prevention is
better than cure” atau “Mencegah itu lebih baik daripada berubat”.
Tetapi,
perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang
diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah saw
telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat.
Sabda
Baginda SAW: “Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan
bersamanya ubat” (Hadis riwayat Bukhari)
Di
antara perkara yang menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga
kesihatan adalah Rasulullah SAW telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang
boleh digunakan seperti madu, tumbuhan herba, berbekam, jampi syari (amalan
doa, ayat Al-Quran dan Hadis), dan lain-lain lagi yang tidak bercanggah dengan
Islam.
Perubatan
perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini. Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: “Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka
kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka
rujuklah kepadaku”. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan