Sabtu, 28 Mei 2022

MAKSUD PERIBAHASA TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI

 
Peribahasa; tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu? Peribahasa itu bermaksud; tiada siapa dapat pasti untung nasib seseorang itu.

Ketika ambo mengikuti Kursus Pegawai Graduan Tugas Am Siri 11/93, yang melibatkan 58 orang pegawai Tentera Darat Malaysia bermula 24 September 1993 hingga 30 April 1994 di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, tiada siapa yang menduga pencapaian masing-masing dalam kerjaya.

Ada yang mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan seawal tahun 2000, termasuk ambo dan ada juga mengikuti beberapa tahun kemudian berdasarkan Tamat Tempoh Perkhidmatan masing-masing biarpun cukup syarat untuk menikmati pencen.

Ada yang menuruskan perkhidmatan sehingga tempoh melayakkan mendapat pencen. Manakala yang lain masih meneruskan perkhidmatan sehingga sekarang.

Kini sudah ada dua orang skot ambo dinaikkan pangkat brigedier jeneral.

Tahniah. Brigedier Jeneral Yazid Yusof dan Brigedier Jeneral Muzamil Ali.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan