Ahad, 6 Februari 2022

SOS AMINAH HASSAN KEMBALI POPULAR

 
Jenama Aminah Hassan bermula daripada sos cili kemudian tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.

Perniagaan ini diusahakan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Ia telah bermula secara kecil-kecilan pada tahun 1966 di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos.

Kemudian, perniagaan berkembang maju dan kilang pengeluaran telah berjaya dibuka di Jalan Kapar, Klang. Kini, perniagaan ini telah diusahakan oleh anak-anak Hajjah Aminah dan Haji Hassan.

Daripada hanya menjual sos cili, kemudian jenama Aminah Hassan ini tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.

Jenama Aminah Hassan pernah ‘hilang’ di pasaran buat seketika, kini kembali semula. Buat permulaan, ia kembali dijual di beberapa lokasi sahaja.

Semoga terus berkembang dan berjaya menembusi pasaran lebih meluas untuk memenuhi permintaan di kalangan orang Islam dan bukan Islam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan