Selasa, 8 Februari 2022

AZAHARI ISMAIL TOKOH PJJ UPM

 
Dr. Azahari Ismail seorang yang sangat sinonim dengan Universiti Putra Malaysia (dahulunya dikenali Universiti Pertanian Malaysia) atau UPM. Dikenang sebagai seorang yang membantu pelajar-pelajar mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke universiti.

Dr Azahari adalah tunjang kepada program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan peneraju kepada meteor pemankin kepada distance learning education  di negara ini.

Di kalangan yang mengenali beliau, menganggapnya sebagai seorang teman, guru, wira, pejuang dan pembimbing ribuan anak muda yang amat berjaya.

Kata katanya selalunya mencuit minda dan perasaan. Kata-kata beliau sama semasa berbual, berjuang mahupun berpidato ada mutiara kata yang sangat berguna. Ideanya amat bernas dan latunan suara memikat hati orang mendengarnya.

Sebagai pengajar, fasilitator dan juga jurulatih, beliau berkeupayaan tinggi melatih para ketua pengarah hingga ke para marhein biasa, tidak kira tempat atau negara.

Di UPM beliau tidak asing lagi bermula di Serdang, di Semenggok maupun di mana-mana beliau diundang untuk berceramah. Sungguh hebat.

Arwah adalah seorang pensyarah yang berfikiran luas dan telah meninggal legasi pendidikan dan pengajaran yang bermakna kepada warga universiti tempatan.

Ambo mengenali Dr Azahari ketika beliau menjadi Pengetua Kolej Ketujuh UPM yang lebih dikenali sebagai kolej PALAPES pada Sesi 85/86. Kolej Ketujuh ketika itu baharu beroperasi sesi sebelum itu.

Gong Pidato adalah satu sudut yang dijadikan ‘pentas’ untuk program berpidato, terletak bersebelahan Blok Napuh dan dewan makan. Di situlah penulis turut menjadi salah seorang pemidato sempena perasmian Gong Pidato. 

Prof Dr Azahari Ismail meninggal dunia pada 6 Febuari 2022.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan