Masalah
mulut berbau memang bukan perkara ringan. Berasa segan nak bercakap dengan
orang. Ia boleh mengganggu orang lain yang berada berdekatan, terutama apabila bercakap dekat bersemuka.
Antara
punca mulut berbau ialah amalan merokok. Ditambah pula dengan kerap minum kopi.
Dalam
kes tertentu, masalah mulut berbau tidak sukar diatasi. Paling penting kena pergi
berjumpa dengan doktor gigi. Buat pemeriksaan berkala. Jangan tunggu berjumpa
doktor gigi hanya apabila gigi sakit.
Berjumpa
doktor gigi bukan hanya ketika gigi sakit. Permeriksaan gigi berkala antara
lain bertujuan untuk mencuci karang gigi. Karang gigi perlu dicuci dengan cara
proses tertentu. Tidak hilang dengan hanya menggosok gigi sahaja.
Kuat
merokok, banyak minum kopi, ditambah tidak gosok gigi elok elok, semua itu
penyumbang kepada karang gigi. Karang gigi ni kira macam sisa sisa makan dan
segala mak nenek berkumpul la.
Apabila
telah tebal macam, memang kena pergi cuci gigi di klinik gigi. Kalau tidak,
mulut memang akan busuk sebab kebersihan tak terjaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan