Isnin, 9 Jun 2025

TARIKAN TANAH TINGGI BATU

 
Batu menjadi destinasi pelancongan tanah tinggi terkenal di Jawa Timur. Ia terletak 90 kilometer sebelah barat daya Surabaya dan 15 kilometer sebelah barat laut Malang. Batu berada di laluan yang menghubungkan Malang-Kediri dan Jombang.
 
Kawasan Batu ini berada di ketinggian 800 meter hingga 2.000 meter di atas permukaan laut dengan suhu purata mencapai 11-19 darjah Celsius.
 
Batu telah dijadikan lokasi peranginan sejak zaman penjajahan Belanda. Penjajah ingin menikmati suasana seperti di Eropah, lalu membangunkan Batu yang dikaitkan mirip seperti keadaan di Switzeland.
 
Maka kawasan ini mendapat jolokan nama Switzeland Kecil di Pulau Jawa. Masih terdapat bangunan dibina pada zaman pemerintahan Belanda di sini.
 
Dengan luas wilayah sekitar 202,30 kilometer persegi, sebagian besar keadaan tanahnya adalah dataran tanah tinggi dan lereng bukit. Ia terletak di antara lereng dua gunung iaitu Gunung Arjung Welirang dan Gunung Butak Kawi Panderman.
 
Kawasan Batu tanahnya subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Selain pelbagai jenis sayur dan bunga, di kawasan Batu juga ada pokok epal yang menjadi tarikan pengunjung ke sana.
 
Kawasan Batu boleh disamakan seperti Cemeron Highlands dan Kundasang di Malaysia.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan