Sabtu, 4 Mac 2017

KHASIAT DAUN RERAMA


Daun rama-rama atau rerama kaya khasiat. Khasiat daun rama-rama dipercayai berkesan merawat kanser. Nama saintifik daun rama-rama ialah Mariposa Christia Vespertillonis. Dipercayai berasal Rantau Asia.

Pokok rama-rama boleh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih. Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga dua meter. . 

Ujian makmal menunjukkan daun rerama mengandungi tiga belas sebatian kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan, termasuk ciri-ciri antikanser dan antikeradangan. 

Umum mengetahui barah antara penyakit yang sukar diubati, dan untuk sekian lamanya pelbagai penyelidikan dilakukan banyak pihak untuk mencari dan menghasilkan ubat serta kaedah perubatan terhadap penyakit yang boleh membawa maut ini.

Tanaman daun rerama bukan sahaja berkesan merawat barah tetapi juga berupaya mengubati penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.

Kaedah rawatan yang digunakan ialah meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh. 

Dapatkan daun rerama secara dalam talian 

Di Shopee

- https://s.shopee.com.my/13xtA74kF?share_channel_code=1 (daun rerama kering)

- https://s.shopee.com.my/9Uv3CdwyNb?share_channel_code=1 (teh daun rerama)

- https://s.shopee.com.my/W0EUGinKE?share_channel_code=1 (pokok rerama)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan